Tuesday, June 10, 2008

Kenaikan Harga Minyak....Isu yang Terpusing!

Tepat Jam 9.30 malam, tanggal 10 Jun 2008,rangkaian perdana televisyen Malaysia yang juga merupakan lidah rasmi kerajaan,dengan berani dan telusnya cuba memaparkan satu debat dan diskusi secara terbuka dengan wacana berkenaan penstrukturan kenaikan harga petroleum Malaysia.Ahli panel dijemput ialah saudara YB Salahuddin Ayub(Ahli Parlimen Kubang Kerian,Kelantan) dan YB Dato Sharir Samad (Ahli Parlimen Johor Bharu).Tidak ketinggalan dua penganalis bebas dari pihak media iaitu saudara Syed Munawar(Pengacara dan Moderator segmen diskusi RTM) dan saudara Hanafiah (Agendadaily.com).Tahniah kepada RTM di atas tindakan berani menganjurkan program yang terus dihujani berbagai prospektus melalui SMS oleh penonton!

Penulis cuba untuk tidak kepada 'bias' untuk menilai diskusi dan debat yang dipersembahkan.Melihat kepada mukaddimah oleh YB Salahuddin,penulis bagaikan dicelikkan bahawa lontaran idea beliau sepatutnya keluar dari mulut seorang menteri! dan mungkin juga oleh seorang perdana menteri!Pendekatan dan idea mudah beliau berjaya memanaskan kerusi YB Shahrir Samad yang dilihat terkedu dan cuba mengajak penonton untuk melihat dan memikirkan sesuatu yang susah dan kabur!

Manakala dua panel jemputan dari pihak media (Syed Munawar dan Hanafiah) dilihat lebih bersetuju dengan kenyataan YB Salahuddin yang lebih berfakta dan tepat dengan tajuk perbincangan berbanding penyampaian dan jawapan YB Shahrir dan asyik melekakan dengan jawapan yang salah.Bahkan YB Shahrir lebih kepada mencari kesalahan penyampaian YB Salahuddin daripada menyampaikan apa yang seharusnya disampaikan beliau sendiri.

Penonton begitu jelas dengan masa yang lebih banyak dijuruskan kepada YB Salahuddin dan beberapa kali moderator memohon agar YB Salahuddin boleh berkongsi cadangan apakah seharusnya dilakukan oleh pemerintah didalam menyekat dan mengurangkan kesan senario kenaikan harga minyak yang begitu ganas tamak.Bersahaja dan bernas,YB Salahuddin menyatakan pendirian pembangkang,NGOs untuk turut bersama kerajaan memerintah didalam mencoret formula terbaik kepada rakyat dan ada disebutkan tentang "negara kebajikan" yang gagal diterjemah oleh YB Shahrir sendiri.

Debat selama sejam itu kerap dilontarkan perkara yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan memerintah oleh YB Salahuddin namun kesemuanya GAGAL dibaca oleh YB Shahrir yang kononnya begitu bijak didalam merencanakan ekonomi Malaysia!Terkilan dengan kenyataan sinis YB Shahrir didalam menyindir dan mencabar YB Salahuddin berhubung jawatan menteri kewangan yang bakal dipegang oleh Pakatan Rakyat sekiranya berkuasa September 2008 nanti.Aduh!dimasa orang membincangkan harga minyak,isu politik pula dihamburkan si Shahrir....Berani sungguh!
Penulis hanya mengaminkan kata-kata si Shahrir dan InsyaAllah,Pakatan Rakyat akan menguasai tampuk pemerintahan Malaysia dalam masa terdekat.

Apapun,"denial syndrome" oleh kerajaan memerintah nampaknya telah merebak kepada semua ahli kabinet kerajaan.Ini jelas apabila dilihat tidak ada unsur dan tanda-tanda pihak kerajaan untuk bekerjasama dengan pembangkang didalam menentukan yang terbaik kepada rakyatnya sendiri!

Lihatlah keterbukaan pembangkang dan NGOs yang hampir setiap waktu membuka ruang untuk berjuang kepada kebaikan rakyat!Namun,angkuhnya penolakan demi penolakan dibuat oleh kerajaan memerintah!Apa mereka ingat adakah mereka terlalu bijak dan sempurna didalam merencah hak rakyat dengan adil dan saksama??

Penulis memandang kepada kenyataan demi kenyataan berhubung penolakan harga minyak dari berbagai sudut samada dari pihak pengeluar minyak dan harga jualan minyak oleh negara pengeluar minyak kepada rakyatnya sendiri.Logiknya begitu kuat namun kenapa masih tergamak kerajaan memerintah masih bersikap untuk mencengkam kudrat golongan marhanes yang semakin terdesak?

Isu nasional ini nampaknya banyak menghuru-harakan kehidupan rakyat!Kelangsungan hidup dan kebergantungan yang tinggi untuk aktiviti kehidupan seharian berasaskan petroleum semakin membarah dan bakal 'membungkus' kehidupan yang dinikmati sebelum ini.

Sedarlah wahai pemimpin,kamu akan bertanggungjawab didalam perancangan kotor kamu didalam menelan dan memerih rakyat yang sepatutnya dibela dan dijaga kebajikannya.

Bukan isu pembaziran yang timbul jika harga minyak di'murah'kan,namun ke'syukur'an kepada Allah adalah terpenting didalam menikmati nikmatNya yang tidak dimonopoli sesiapa.

# Islam Itu Indah #

No comments: