Wednesday, August 20, 2008

PENGHARGAAN YANG MEMALUKAN...WAHAI MANUSIA!

Kenyataan yang perlu kita terima, walaupun hakikinya kita menolak!
Tapi siapa yang menolak?
Tetap ada tp mungkin lebih cenderung untuk menerima sahaja dari mensensasikan keadaan!
Namun itu 'dicucuk hidung' namanya!
Dan sesungguhnya engkau sudah kalah sebelum engkau berjuang akan amanahNya!
MaluLah....Sesungguhnya Malu Itu Sebahagian Dari Iman!
Dan kalau sudah kekontangan akan sifat mahmudah ini,maka macam-macam perkara yang tiada munasabahnya namun mental masih boleh menerimanya walaupun hati jelik untuk menterjemahkan!

Apa yang nak disuarakan disini ialah berhubung janji Kerajaan Malaysia untuk menghadiahkan wang tunai RM1 juta kepada mana-mana atlet yang berjaya merangkul emas untuk negara di Olimpik Beijing 2008!

Dengan melihat kepada keadaan kehidupan semasa rakyat Malaysia yang rata-rata yang bukan sekadar terhimpit bahkan tersepit dengan berbagai bebanan terutama perbelanjaan,namun sewenangnya kerajaan cuba menggunakan dana hanya untuk sekeping emas!!
Ini keterlaluan!Bahkan amat melampau!
Bukankah anugerah itu akan hanya dinikmati oleh seorang individu?
Bagaimana nasib rakyat yang lain yang hidupnya perlu diisi dengan bahan makanan yang sama dimakan oleh individu yang menerima anugerah?
Tegarnya engkau melihat hanya seorang sahaja mengunyah habuan dan yang lain hanya ternganga berjejeran liurnya!

Adalah baik bahkan lebih baik jika sekiranya hanya sedikit habuan diberi kepada yang berjaya menggenggam emas sebagai balasan di atas usaha!
Bukan dengan cara memewahkannya!
RM1 juta adalah keterlaluan! Sungguh KETERLALUAN!

Allah Maha Berkuasa!
Tawaran keduniaan itu GAGAL digapai sesiapa!
Dan seharusnya kita patut bersyukur sebab Allah masih menyayangi golongan marhanise berbanding aristokrat yang begitu dangkal berselindung sebalik tuksedonya!

Namun sedikit kecewa....
Cuba perhatikan....
Malaysia akan mempunyai ramai yang diangkat sebagai mulia di mata masyarakat dek perkara-perkara yang tidak sepatutnya diberi penghormatan.
Contoh....gelaran Datuk/Dato'........
HabisLah....

# Islam Itu Indah #

Tuesday, August 19, 2008

MALAYSIA YANG SEMAKIN DIKOTORI....

Seingat penulis,hampir dua bulan ruangan blog ini tidak di update dengan sebarang artikel.Bukan apa,penulis mengambil pendekatan dengan cara memerhati dahulu arusnya sebelum terjun untuk merasai keganasannya!

Politik Malaysia masih belum aman!Rata-rata kita melihat kepincangan,kehuru-haraan manusia merencanakan politik sebagai karier hidup duniawi yang sementara,tanpa sedikitpun keinginan mencontohi apa yang telah dimodelkan oleh junjungan besar nabi kita Muhammad SAW!ataupun setidak-tidaknya 'tiru'lah sedikit kepimpinan politik ulama-ulama jika kamu betul-betul jahil tentang langkah yang disyariatkan Islam!Apakah kamu sanggup membina kehancuran di atas nasib orang lain dek tangan-tangan dan pemikiran yang GAGAL disucikan!Ya Allah...berilah kekuatan untuk golongan yang memilih jalanMu....

Masih teringat kuliah yang disyarahkan oleh alfadhil Ustaz Azhar semasa berkuliah Maghrib berkenaan anak Adam dan dunia, dua makhluk berbeza yang diciptakan Allah sebagai 'ujian' bagi yang beriman dan berakal.

Majoritinya,kita akan tersilap mengistilahkan akan 'telah meninggal dunia si polan dan si polan' namun adakah benar si polan telah meninggalkan dunia?

Sebetulnya tidak ramai manusia meninggalkan dunia dalam konteks yang sebenar!Kenapa?

Ringkasnya manusia jarang meninggalkan dunia,bahkan dunia yang sebetulnya meninggalkan kita!Renung dulu sebelum simpul...

Then,berhentilah untuk mengotori negara damai ini wahai pemimpin dunia.Sesungguhnya redha rakyat tidak bersamamu...BerundurLah..


# Islam Itu Indah #

Tuesday, June 10, 2008

Kenaikan Harga Minyak....Isu yang Terpusing!

Tepat Jam 9.30 malam, tanggal 10 Jun 2008,rangkaian perdana televisyen Malaysia yang juga merupakan lidah rasmi kerajaan,dengan berani dan telusnya cuba memaparkan satu debat dan diskusi secara terbuka dengan wacana berkenaan penstrukturan kenaikan harga petroleum Malaysia.Ahli panel dijemput ialah saudara YB Salahuddin Ayub(Ahli Parlimen Kubang Kerian,Kelantan) dan YB Dato Sharir Samad (Ahli Parlimen Johor Bharu).Tidak ketinggalan dua penganalis bebas dari pihak media iaitu saudara Syed Munawar(Pengacara dan Moderator segmen diskusi RTM) dan saudara Hanafiah (Agendadaily.com).Tahniah kepada RTM di atas tindakan berani menganjurkan program yang terus dihujani berbagai prospektus melalui SMS oleh penonton!

Penulis cuba untuk tidak kepada 'bias' untuk menilai diskusi dan debat yang dipersembahkan.Melihat kepada mukaddimah oleh YB Salahuddin,penulis bagaikan dicelikkan bahawa lontaran idea beliau sepatutnya keluar dari mulut seorang menteri! dan mungkin juga oleh seorang perdana menteri!Pendekatan dan idea mudah beliau berjaya memanaskan kerusi YB Shahrir Samad yang dilihat terkedu dan cuba mengajak penonton untuk melihat dan memikirkan sesuatu yang susah dan kabur!

Manakala dua panel jemputan dari pihak media (Syed Munawar dan Hanafiah) dilihat lebih bersetuju dengan kenyataan YB Salahuddin yang lebih berfakta dan tepat dengan tajuk perbincangan berbanding penyampaian dan jawapan YB Shahrir dan asyik melekakan dengan jawapan yang salah.Bahkan YB Shahrir lebih kepada mencari kesalahan penyampaian YB Salahuddin daripada menyampaikan apa yang seharusnya disampaikan beliau sendiri.

Penonton begitu jelas dengan masa yang lebih banyak dijuruskan kepada YB Salahuddin dan beberapa kali moderator memohon agar YB Salahuddin boleh berkongsi cadangan apakah seharusnya dilakukan oleh pemerintah didalam menyekat dan mengurangkan kesan senario kenaikan harga minyak yang begitu ganas tamak.Bersahaja dan bernas,YB Salahuddin menyatakan pendirian pembangkang,NGOs untuk turut bersama kerajaan memerintah didalam mencoret formula terbaik kepada rakyat dan ada disebutkan tentang "negara kebajikan" yang gagal diterjemah oleh YB Shahrir sendiri.

Debat selama sejam itu kerap dilontarkan perkara yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan memerintah oleh YB Salahuddin namun kesemuanya GAGAL dibaca oleh YB Shahrir yang kononnya begitu bijak didalam merencanakan ekonomi Malaysia!Terkilan dengan kenyataan sinis YB Shahrir didalam menyindir dan mencabar YB Salahuddin berhubung jawatan menteri kewangan yang bakal dipegang oleh Pakatan Rakyat sekiranya berkuasa September 2008 nanti.Aduh!dimasa orang membincangkan harga minyak,isu politik pula dihamburkan si Shahrir....Berani sungguh!
Penulis hanya mengaminkan kata-kata si Shahrir dan InsyaAllah,Pakatan Rakyat akan menguasai tampuk pemerintahan Malaysia dalam masa terdekat.

Apapun,"denial syndrome" oleh kerajaan memerintah nampaknya telah merebak kepada semua ahli kabinet kerajaan.Ini jelas apabila dilihat tidak ada unsur dan tanda-tanda pihak kerajaan untuk bekerjasama dengan pembangkang didalam menentukan yang terbaik kepada rakyatnya sendiri!

Lihatlah keterbukaan pembangkang dan NGOs yang hampir setiap waktu membuka ruang untuk berjuang kepada kebaikan rakyat!Namun,angkuhnya penolakan demi penolakan dibuat oleh kerajaan memerintah!Apa mereka ingat adakah mereka terlalu bijak dan sempurna didalam merencah hak rakyat dengan adil dan saksama??

Penulis memandang kepada kenyataan demi kenyataan berhubung penolakan harga minyak dari berbagai sudut samada dari pihak pengeluar minyak dan harga jualan minyak oleh negara pengeluar minyak kepada rakyatnya sendiri.Logiknya begitu kuat namun kenapa masih tergamak kerajaan memerintah masih bersikap untuk mencengkam kudrat golongan marhanes yang semakin terdesak?

Isu nasional ini nampaknya banyak menghuru-harakan kehidupan rakyat!Kelangsungan hidup dan kebergantungan yang tinggi untuk aktiviti kehidupan seharian berasaskan petroleum semakin membarah dan bakal 'membungkus' kehidupan yang dinikmati sebelum ini.

Sedarlah wahai pemimpin,kamu akan bertanggungjawab didalam perancangan kotor kamu didalam menelan dan memerih rakyat yang sepatutnya dibela dan dijaga kebajikannya.

Bukan isu pembaziran yang timbul jika harga minyak di'murah'kan,namun ke'syukur'an kepada Allah adalah terpenting didalam menikmati nikmatNya yang tidak dimonopoli sesiapa.

# Islam Itu Indah #

Sunday, June 8, 2008

Hadiah Terbesar Kerajaan Hadhari Kepada Malaysia!

Masyarakat Malaysia...tanggal 6 Jun 2008 telah diberi hadiah paling besar dalam sejarah buku kira-kira perbelanjaan yang mana terpaksa disorot dengan dakwat MERAH!!Apa maknanya tu? Itulah krisis dalam menyamakan baki untung rugi bagi setiap akaun!

Penulis sebenarnya tidak begitu teruja dengan pengumuman si Dollah hasil idea dan sokongan konco2nya.Hari ini,sekali lagi si Dollah menggunakan kuasa vetonya menghukum masyarakat Malaysia dengan senyum manis dan sinis dihamburkan untuk dituruti dan dipikul oleh kudrat empat kerat!

Penulis masih terkesima dengan apa yang dipilih rakyat pada Mac 2008 yang lalu.Geram,sedih,kebingungan begitu gelojoh menerjah benak pemikiran akan apa sebenarnya yang mahu ditunjukkan oleh manusia dangkal akalnya dengan menutup kesusahan yang lepas dan sesekali begitu bongak untuk cuba mempelajari akan sesuatu yang telah terjadi dahulunya!

Mari kita bercerita kenapa Si Dollah dan lembu-lembunya begitu seronok menghukum orang yang memilihnya dan tidak memilihnya...huh!

sebabnya....

# Projek Koridor yang bagai nak gila pengumuman dan perasmiannya masih belum menjadi sebagai yang dikehendaki.Mana nk cekau duit....pada rakyatlah..."rakyat mana mungkin marah setelah aku dipilihnya untuk memimpin"....bedebah!

# Banyak janji dan projek mega belum terlaksana...Jambatan Kedua Pulau Pinang dah jadi jambatan gantung sebab tidak boleh nak diteruskan...sebab bodohnya...kos melambung!Kawan....mana orang keluar dan award tender, kerja tak jalan lagi...tapi dah nk kena VO (verification order)?Logik ke??Fikirlah...

# Kecemburuan yang begitu membuak2 melihat kerajaan Pakatan Rakyat mampu mentadbir kerajaan sendiri bahkan ada yang telah memerintah sehingga 18 tahun dan terbarunya,begitu banyak perubahan dan pembelaan dibuat kepada rakyat.Hal ini amat berbeza dengan pendekatan Hadhari yang selama memerintah,belum boleh mengeluarkan hasil yang boleh dibanggakan.Kalau dibanggakan pun,hanyalah berbentuk khayalan penuh tipu daya.Walaupun tawaran demi tawaran untuk pembangunan dunia,hampir separuh rakyat Malaysia menolak ideologi yang berteraskan dunia dan pegangan agama yang ternyata sesat lagi menyesatkan!BertaubatLah...BerundurLah...BalikLah...CukupLah...SudahLah...TakutLah....

# Dan begitu banyak faktor kelemahan bagi mereka yang berdiri untuk hidup tanpa bertunjangkan syariat Islam yang sebetulnya.

Kita tinggalkan peel perangai yang ditunjukkan pemimpin yang begitu hodoh mewarnai sistem pentadbirannya!Penuh dengan rejaman kata2 yang terlalu siksa bagi mereka yang disimbahi iman.

Begitu sedih...sedihnya melihat masyarakat Malaysia yang apabila diumumkan beg duit bakal dirompak,terus tidak keruan menghitung hidup esoknya.

Penulis sendiri berkesempatan melihat bagaimana deretan kenderaan berbagai jenama dan keadaan,berbaris tanpa baris yang tidak ketentuan,mencari sedikit peluang untuk mengurangkan beban yang bakal ditanggung esoknya!Penulis sendiri berusaha mengisi tangki kapcai sehingga penuh dengan nilai RM4.50!

Kelihatan masyarakat Malaysia menggunakan sehabis daya dan usaha untuk menebalkan tahap 'survival' mereka dek ancaman bunuh secara kejam oleh ketuanya!

Inilah harga yang dibayar oleh warga Malaysia selepas mereka menutup telinga dan membutakan mata untuk mendengar kebenaran (kenyataan ini ditujukan kepada mereka-mereka yang memilih Si Dollah dan konco2nya sebagai wakil jahanam mereka)

Hari ini,rata-rata masyarakat Malaysia mula huru-hara dan bimbang akan apa yang mungkin terjadi!Contoh kepimpinan apa lagi yang hendak ditunjukkan oleh pengkhianat kepada amanah pemilihnya!

Sadisnya...hari ini...tanggal 9 Jun 2008,gas memasak naik RM0.30 rentetan naiknya harga ibu kepada segala kegiatan harian manusia!

Desas-desus...gula akan naik lagi dalam masa terdekat...diikuti minyak masak...tepung gandum..bebawang..lain2 keperluan....

Penipu besarlah si Shahrir Samad yang begitu lantang mengkritik semasa belum memegang tampuk menteri,namun apa yang dipersembahkannya sekarang adalah lebih teruk dan jauh memualkan.Penulis masih teringat bagaimana seorang yang berpangkat menteri begitu rendah mentalitinya untuk mengkaji semula segala gaji dan elaun yang dinikmati pekerja-pekerja hari ini tanpa sedikitpun menyentuh bagaimana untuk mengurangkan berguni-guni gaji yang diperolehi seorang yang bernama menteri!

Hari ini...9hb Jun 2008,sana sini masyarakat pejabat di tempat penulis bekerja begitu ketara marahnya kepada kejutan hadiah yang dipersembahkan oleh bapa Hadhari sesat i.e. Si Dollah!

Sekarang mari kita teliti harga-harga minyak oleh negara-negara pengeluar minyak spt Malaysia....Lihat dan Pikir....Jangan Tengok Saja...Nanti sampai bila2 pun kita tidak akan ada modal untuk menentang tipu helah yang menjelekkan!

UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
MALAYSIA– RM2.70/litre

Now...siapa yang cakap kepimpinan Hadhari hari ini begitu pemurah kepada rakyatnya?

Nilai dan buat...pastikan kejatuhan kepimpinanya dalam masa terdekat...Amin.

# Islam Itu Indah #

Tuesday, May 27, 2008

APA SEBAB MUSLIM MENINGGALKAN ISLAM?

Setelah dua hari kecundang untuk menghadirkan diri berjemaah Subuh di masjid,akhirnya hari ini pujuk rayu dan mimpi indah kosong tawaran syaitan laknatullah berjaya dimusnahkan.Alangkah bahagianya hidup....

Alfadhil Ustaz Syahril Long,dijemput untuk memberikan kuliah dan mentarbiah jiwa-jiwa manusia untuk sama-sama berada di landasan yang betul berdasarkan apa yang telah disyariatkan Islam.Melihat kepada perwatakan beliau,disangkakan seorang pejuang Islam tempatan Terengganu,namun setelah sedikit mukaddimah dialunkan,ternyata beliau anak kelahiran negeri utara Malaysia, dan pelatnya masih lagi ketara....

Seperti biasa,kuliah dilihat condong kepada parti bulan,namun jangan kita silap,sebenarnya ianya condong kepada Islam, dan Islam di bumi Malaysia hari ini diperjuangkan oleh dua parti yang berlainan; Islam Hadhari oleh parti kerajaan memerintah dan Islam (asal) diperjuangkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai parti pembangkang dalam pentadbiran Negara Malaysia kini.Ringkasnya,Islam Hadhari telah diiktiraf sebagai satu ajaran baru dan ternyata sesat dan ditolak sepenuhnya oleh ulama mutaakhirin (akhir zaman) atas dasar,Islam yang diturunkan melalui wahyu kepada Nabi saw adalah sudah sempurna dan sememangnya haram diubah/dipinda walau dalam bentuk mana sekalipun.

Intipati penting yang cuba disampaikan alfadhil ustaz,ialah berkenaan dengan sebab2 atau penyakit yang telah menyebabkan orang Islam sendiri sedikit demi sedikit secara langsung atau tidak, telah meninggalkan Islam dan perjuangan walaupun masih mengaku sebagai Islam.Bukti yang paling nyata ialah berkenaan dengan hukum yang wajib berlandaskan dan berhukum dengan undang-undang Allah swt.

Terdapat lima (5) sebab mengapa muslim meninggalkan Islam;

# Faktor Kejahilan #
...Keengganan muslim untuk menuntut dan mendalami ilmu-ilmu Islam merupakan sikap yang paling nyata dan mereka memilih untuk tinggal didalam kepompong kejahilan tanpa perlu meningkatkan aras pengetahuan untuk menjadi orang yang lebih berilmu.Bilamana kejahilan itu sudah sebati,hati akan jadi buta dan Islam akan tinggal pada nama sahaja.Mereka akan gagal membezakan apakah ajaran Islam yang sebenar dan apakah perkara palsu yang telah diolah dengan tujuan tertentu untuk menyesatkan!Hasilnya,mereka akan mengikut arus yang dicipta oleh tangan-tangan manusia tanpa mereka tahu kebenaran telah diselindungkan...nauzubillah...semoga kita boleh berubah untuk menempatkan diri kita sebagai Umat Muhammad saw yang dikenal baginda di perhimpunan manusia yang banyak di akhirat kelak.

# Faktor Kebendaan #
...Manusia dilengkapi dengan nafsu dan wajib ditarbiah untuk tidak kita terpesong dek desakan untuk menjilat kemanisan dunia yang sementara.Kupasan oleh alfadhil lebih kepada sifat gelap mata muslim hari kepada sekelumit nilai wang ringgit yang ditawarkan mereka2 yang telah rosak pegangan agamanya.Ini bukan tuduhan melulu namun telah terbukti apabila berlaku kepada negeri saya sendiri,Terengganu darul Iman dimana rakyatnya telah menolak kepimpinan Ulama dengan menggantikan kepada kepimpinan Ular Dalam Semak!(malu sendiri saya dengan kenyataan ini)....

# Faktor Pemerintah #
...Kejadian sejenis kuih terletak kepada tangan pembuat dan acuannya,jika pembuat tersebut memilih acuan yang salah dan tidak sempurna,maka sudah tentu kuih yang terhasil akan tidak sempurna jua keadaannya!Justeru,peranan pemerintah didalam membentuk orang yang diperintah adalah amat besar.Sekali lagi alfadhil ustaz membawakan contoh bagaimana kenyataan papan tanda yang begitu banyak di negeri Terengganu (negeri saya lagi...)memaparkan "Barisan Nasional;Masa Depan Anda Terjamin" yang boleh menjurus kepada kesyirikan jika manusia beriktikad kepada pegangan tersebut.Persoalan,apa jaminan manusia kepada manusia untuk menjamin nasib manusia lain? bukankah hanya Allah sahaja yang layak untuk menjamin aturan hidup setiap manusia yang diciptanya? Nah!....begitulah kalau hati pemimpin yang menolak Islam sehinggakan memanggil pula orang lain untuk bersamanya menentang Islam!Nauzubillah...Perlu kita tahu hanya tiga tawaran Allah kepada pemimpin yang enggan berhukum dengan agama Allah, samada untuk menjadi kafir,zalim atau fasiq!Selamatkan diri kita dari bersekongkol dengan golongan yang toghut!Tinggalkan kebergantungan kita kepada manusia...hanya Allah jualah penentu segala rezeki...

# Faktor Ulama #
...Ulama yang dikupas oleh alfadhil ustaz disini ialah dimaksudkan kepada golongan cerdik pandai Islam, yang mendapat pendidikan Islam yang tinggi,namun bertindak untuk menjadi seperti ular didalam semak dimana menggunakan ilmu untuk menyerang Islam dan bertindak menutup mulut untuk mengatakan yang hak semata-mata tembolok yang perlu diisi.Ulama yang berpendirian sebegini perlu ditolak oleh semua muslim demi menjamin martabat Islam yang wajib dipelihara.

# Faktor Syaitan #
...Perlu kita tahu bahawa sesunguhnya Iblis telah memohon kepada Allah untuk menyesatkan manusia sedaya mungkin untuk dijadikan sekutu kepadanya untuk sama2 dihumbankan kedalam Neraka!Dan perlu kita tahu,hidup kita bukan untuk mengejar neraka Allah,tetapi untuk menggapai janji Allah akan tawaran syurganya.Dan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata..Elakkan diri dari terpedaya dengan bisikan yang boleh menjurus kepada lembah kehinaan dan kesesatan!

Akhirnya kuliah diakhiri sekitar jam 7 pagi dan ianya cukup bermakna untuk tujuan tarbiah dan muhasabah bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran daripadanya....

Wallahu'alam.

# Islam Itu Indah #

Sunday, May 25, 2008

Sejarah Keruntuhan Politik Yang Berideolgi Memisahkan Islam!

Lagi padah yang GAGAL dihayati oleh manusia yang bergelar pemimpin,mengaku mendokong Islam walhal penolakan terhadap Islam secara mentahnya dibanggakan.

Sebetulnya saya sendiri tidak begitu pasti kenyataan siapakah yang memaksudkan Islam adalah satu perkara dan politik pula satu perkara yang berlainan dengan maksud mana mungkin ianya boleh digalas dan dipraktikkan selari!
Sesungguhnya kenyataan yang sedemikian adalah SESAT dan perlu kepada sanggahan dan penolakan segera bagi semua muslim yang masih mengakui Islam itu adalah sempurna selamanya hingga kepada hari terakhir dunia.

Saya nukilkan satu contoh yang mudah agar kekelabuan dan ketidakjelasan berkenaan modus operandi pengasingan itu tidak berlaku ialah disabitkan kepada cara dan pemerintahan yang dijalankan oleh Rasullulah saw sendiri.
Bagaimana model yang ditunjukkan oleh Rasullullah dan Empat Khalifah Ar-Rashidin adalah merupakan contoh terbaik untuk pengamalan kepada dasar pemerintahan dan kehidupan.Kenapa tidak?? Sebabnya ianya tulen mengikut ajaran yang diwahyukan Allah dan praktikalnya sendiri oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad dan antara 4 sahabat (Rightly Guided Caliphs) yang dijamin syurga oleh rasulnya.
Jelasnya,corak dan dasar yang dibawa Baginda adalah secara bersama iaitu Islam dan politik tidak dipisahkan.Dan jelasnya dengan kewibawaan Baginda dan izin Tuhannya,Negara Islam pertama berjaya ditubuhkan berpusat di Bumi Madinah dan tidak ada sebarang penolakan sama sekali oleh penganut agama lain selain Islam.Mereka merasakan keamanan dan kedamaian untuk hidup adalah lebih bermakna dan sekaligus memajukan diri mereka untuk terus berusaha.

Ingatlah,Islam tidak mengenepikan hak bukan Islam.Islam adalah seadilnya agama yang dicipta oleh Allah untuk anutan akan umat manusia yang sentiasa berfikir!
Hari ini,kejatuhan demi kejatuhan sesebuah kerajaan dibawah pimpinan dapat kita saksikan dan hal ini berdasarkan pengecualian kepada kerajaan yang dibina bukan oleh orang Islam.Semestinya kerajaan oleh orang bukan Islam akan dimusnahkan Allah akhirnya.Namun,disini, kita bercakap berkenaan akan kerajaan dan pimpinan yang dibentuk oleh orang Islam sendiri...yang mana memilih Islam sebagai agama untuk dirinya.

Tersungkurnya kerajaan yang kononnya Islam ini apabila mencipta ideologi sendiri yang secara terangnya bercanggah dengan dasar yang telah digariskan Islam.Antara perkara yang ternyata terpesong ialah dengan menjalankan dasar dengan menetapkan politik satu entiti dan Islam satu entiti yang mana mungkin boleh digabungkan untuk dijalankan.Maka,ungkapan yang sedemikian bolehlah diandaikan bahawa "matlamat menghalalkan cara".Semestinya ianya begitu besar bersalahan dengan nukilan ajaran Islam yang bertegas bahawa sesungguhnya yang batil dan hak itu ialah dua perkara yang begitu jauh maksud dan penerimaannya!Begitu juga akan pengertian malam dan siang!Begitu juga akan maksud bulan dan matahari akan keupayaannya!Nah...dan begitu juga bezanya akan lelaki dan perempuan yang telah diciptakan!Fikirlah........tidakkah matlamat yang salah boleh menghalalkan cara untuk mendapatkannya??Sudah tentunya matlamat dan cara tersebut tetap haram.

Mari kita lihat bagaimana pula penerimaan Islam itu sendiri oleh si penganutnya. Kita bermula dengan pengucapan dan penyaksian bahawa segala sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku lazimnya dilafazkan setiap kali kita menunaikan kefardhuan kepada Allah.Tetapi kenapa dan mengapa,bila Allah mewajibkan akan dasar pemrintahan berlandaskan hukumNya,masih senang untuk mulut menyatakan bahawa hukum yang ditetapkan Allah tidak sesuai dijalankan pada zaman ini.Persoalan,adakah undang-undang ciptaan tangan manusia ini adalah lebih baik daripada apa yang telah disyariatkan oleh Allah?
Mari kita lihat gambaran termudah;Manusia adalah makhluk ciptaan Allah,dan manusia adalah sebaik2 kejadian yang diciptakan.Setelah itu,akhirnya kita menolak apa yang disyariatkan pencipta dengan sekelumit ilmu dan menggambarkan kita adalah lebih dari yang menciptakan kita semua?Zalimnya.........sesungguhnya janji Allah akan datang bila dikehendakinya...usahlah kita terlalu angkuh dan bersifat dengan kebesaran yang rapuh dan khayal dalam ilusi sendiri.Kelak kamu akan tahu bila tiba Hari Perhitungan yang dijanjikanNYa...tunggulah....akan tiba saat itu...dan usahlah kamu berdalih untuk kembali kepadaNya setelah kamu memperlekeh sehabisnya!Tidakkah kamu tahu bahawa segala pangkat dan kedudukan,harta yang bertimbun tidak sedikitpun mampu kekal disisimu dan sedikitpun tidak akan membantu dikala soalan Yang Maha Agung menerjah lubang telingamu!

# Islam Itu Indah #

Saturday, May 24, 2008

Kepincangan Demi Kepincangan Dunia!

Dunia Bergoncang lagi...apa tandanya? Mari kita analisa kejadian2 yang sememangnya manusia LUPA dan buat2 bodoh apa yang cuba diisyaratkan Allah!

Musibah gempa bumi di sichuan,China dan Taufan Nargis yang melanda Myanmar adalah tanda bumi semakin menolak kebiadapan dan kemaksiatan berleluasa tanpa garis kehidupan yang telah ditetapkan Allah.Lihatlah bagaimana bumi sichuan hancur sama sekali begitu juga bandar Yanggoon,Myanmmar dek sedikit bala sebagai amaran untuk tidak meneruskan kehidupan sesat mereka.Kemungkinan besar sudah tiada lagi penghalang bala seperti disabdakan nabi "terhalang bala Allah oleh 3 perkara;kewujudan haiwan meragut,tangisan bayi untuk susuan ibunya dan orang-orang yang sujud tunduk kepada Allah"!
Dan kita lihat,begitu ramai manusia membuka mata sekadar atas dasar kemanusian,bukan di atas dasar tuntutan Islam!
Boleh dikatakan kesemua mata umat dunia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Myanmmar dan China,memang kita kena berperikemanusiaan....tetapi itu belum mampu memenuhi tuntutan seperti yang dilaraskan tuhan!
Penulis suka membawa senario yang perlu diadili kepada rakyat IraQ,Palestin,Sudan yang sekian lama dijebakkan oleh kedaifan dan kepayahan untuk hidup dek tekanan si durjana polis Dunia!Nah...kenapa tidak diwujudkan perasaan kemanusiaan yang sama diperolehi oleh China dan Myanmar??Kenapa perlu dibezakan?Dimanakah bezanya??
Bahkan jika digunakan sifir yang betul, sebetulnya penderitaan Palestin selama 60 tahun sudah boleh ditamatkan bertahun dahulu sebabnya ianya disebabkan oleh pemikiran dan tangan kotor zionis di dalam menghancurkan hak kemanusiaan untuk hidup bersama menikmati nikmat Allah!
Beza terbesar yang perlu diketahui umum akan dua senario dunia hari ini ialah,kepayahan umat Palestin dan Iraq ialah merupakan rancangan manusia manakala kehuruharaan Myanmar dan China ialah sedikit amaran dari yang Maha Kuasa.Dasarnya,perancangan bernama manusia boleh ditamatkan tetapi amaran tuhan hanya mampu merayu keampunannnya!Kembalilah wahai manusia kepada Maha Pencipta yang Hakiki.Bersegeralah....

Berbalik kepada negara kita sendiri,arus politik Malaysia hari ini semakin tidak keruan!apa sebabnya?Di mana silapnya? Sudah pasti jawapan yang akan ditulis di laman ini ialah KEPINCANGAN PERANCANGAN MANUSIA DIDALAM MENOLAK PERANCANGAN ALLAH.....
Selagi manusia yang mengaku Islam,namun menolak mentah perancangan Allah...selagi itulah ianya akan huru hara tidak ketentuan!Berhentilah wahai manusia didalam berjuang untuk perut sendiri (walaupun kempennya untuk bangsa)bahkan asal kita tahu,perjuangan di atas muka dunia selagi berjuang untuk perut dan bangsa (kebangsaan) maka perjuangan itu adalah sia-sia dan sesat!humbanlah kemaruk untuk berjuang dengan dasar-dasar yang ditolak Islam.Lagi sekali kenyataan penulis...KEMBALILAH kepada Islam....sesungguhnya engkau tidak akan aman dan selamat selagi mana ikrar dan hati kamu tidak bersatu menyetujui Islam sebagai cara hidup paling sempurna!

Apa yang harus kita lakukan?
Begini....
Pertamanya;tolak Agenda Islam Hadhari yang sesat lagi menyesatkan!
Kedua;tolak perjuangan berasaskan kebangsaan!
Ketiga;tolak mereka yang menolak Hukum Allah!
Keempat;tolak carahidup yang dihiburkan dengan kehidupan yang bebas!
Kelima;tolak penindasan secara zahir dan batin!
Keenam;tolak kepada usul yang cuba memodenkan pemikiran umat dengan adunan yang haram!
Ketujuh;tolak kepada pesta dan penghayatan untuk nafsu dan dunia!
Kelapan;tolak kezaliman sesama manusia!
Kesembilan;tolak kepada muamalat yang diharamkan dan gharar!
Kesepuluh;tolak perancangan zionis,yahudi,kristian, dan kuffar didalam menentukan acuan kehidupan orang-orang Islam!
Kesebelas;tolak kepada golongan yang tidak amanah dan berbohong untuk menutup kelemahan sendiri..
Keduabelas;tolak untuk menikmati hidup dengan tenggelam didalam nikmat dunia yang fana!
Ketigabelas;tolak kepada sekatan untuk pengisian ilmu rohaniah dan ubudiyyah!
Keempatbelas;ringkasnya...tolaklah batil...ambillah carahidup yang Hak demi janji Syurga Allah yang tidak bisa manusia menilai dengan apa jua sekalipun...

#Islam Itu Indah#