Tuesday, May 27, 2008

APA SEBAB MUSLIM MENINGGALKAN ISLAM?

Setelah dua hari kecundang untuk menghadirkan diri berjemaah Subuh di masjid,akhirnya hari ini pujuk rayu dan mimpi indah kosong tawaran syaitan laknatullah berjaya dimusnahkan.Alangkah bahagianya hidup....

Alfadhil Ustaz Syahril Long,dijemput untuk memberikan kuliah dan mentarbiah jiwa-jiwa manusia untuk sama-sama berada di landasan yang betul berdasarkan apa yang telah disyariatkan Islam.Melihat kepada perwatakan beliau,disangkakan seorang pejuang Islam tempatan Terengganu,namun setelah sedikit mukaddimah dialunkan,ternyata beliau anak kelahiran negeri utara Malaysia, dan pelatnya masih lagi ketara....

Seperti biasa,kuliah dilihat condong kepada parti bulan,namun jangan kita silap,sebenarnya ianya condong kepada Islam, dan Islam di bumi Malaysia hari ini diperjuangkan oleh dua parti yang berlainan; Islam Hadhari oleh parti kerajaan memerintah dan Islam (asal) diperjuangkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai parti pembangkang dalam pentadbiran Negara Malaysia kini.Ringkasnya,Islam Hadhari telah diiktiraf sebagai satu ajaran baru dan ternyata sesat dan ditolak sepenuhnya oleh ulama mutaakhirin (akhir zaman) atas dasar,Islam yang diturunkan melalui wahyu kepada Nabi saw adalah sudah sempurna dan sememangnya haram diubah/dipinda walau dalam bentuk mana sekalipun.

Intipati penting yang cuba disampaikan alfadhil ustaz,ialah berkenaan dengan sebab2 atau penyakit yang telah menyebabkan orang Islam sendiri sedikit demi sedikit secara langsung atau tidak, telah meninggalkan Islam dan perjuangan walaupun masih mengaku sebagai Islam.Bukti yang paling nyata ialah berkenaan dengan hukum yang wajib berlandaskan dan berhukum dengan undang-undang Allah swt.

Terdapat lima (5) sebab mengapa muslim meninggalkan Islam;

# Faktor Kejahilan #
...Keengganan muslim untuk menuntut dan mendalami ilmu-ilmu Islam merupakan sikap yang paling nyata dan mereka memilih untuk tinggal didalam kepompong kejahilan tanpa perlu meningkatkan aras pengetahuan untuk menjadi orang yang lebih berilmu.Bilamana kejahilan itu sudah sebati,hati akan jadi buta dan Islam akan tinggal pada nama sahaja.Mereka akan gagal membezakan apakah ajaran Islam yang sebenar dan apakah perkara palsu yang telah diolah dengan tujuan tertentu untuk menyesatkan!Hasilnya,mereka akan mengikut arus yang dicipta oleh tangan-tangan manusia tanpa mereka tahu kebenaran telah diselindungkan...nauzubillah...semoga kita boleh berubah untuk menempatkan diri kita sebagai Umat Muhammad saw yang dikenal baginda di perhimpunan manusia yang banyak di akhirat kelak.

# Faktor Kebendaan #
...Manusia dilengkapi dengan nafsu dan wajib ditarbiah untuk tidak kita terpesong dek desakan untuk menjilat kemanisan dunia yang sementara.Kupasan oleh alfadhil lebih kepada sifat gelap mata muslim hari kepada sekelumit nilai wang ringgit yang ditawarkan mereka2 yang telah rosak pegangan agamanya.Ini bukan tuduhan melulu namun telah terbukti apabila berlaku kepada negeri saya sendiri,Terengganu darul Iman dimana rakyatnya telah menolak kepimpinan Ulama dengan menggantikan kepada kepimpinan Ular Dalam Semak!(malu sendiri saya dengan kenyataan ini)....

# Faktor Pemerintah #
...Kejadian sejenis kuih terletak kepada tangan pembuat dan acuannya,jika pembuat tersebut memilih acuan yang salah dan tidak sempurna,maka sudah tentu kuih yang terhasil akan tidak sempurna jua keadaannya!Justeru,peranan pemerintah didalam membentuk orang yang diperintah adalah amat besar.Sekali lagi alfadhil ustaz membawakan contoh bagaimana kenyataan papan tanda yang begitu banyak di negeri Terengganu (negeri saya lagi...)memaparkan "Barisan Nasional;Masa Depan Anda Terjamin" yang boleh menjurus kepada kesyirikan jika manusia beriktikad kepada pegangan tersebut.Persoalan,apa jaminan manusia kepada manusia untuk menjamin nasib manusia lain? bukankah hanya Allah sahaja yang layak untuk menjamin aturan hidup setiap manusia yang diciptanya? Nah!....begitulah kalau hati pemimpin yang menolak Islam sehinggakan memanggil pula orang lain untuk bersamanya menentang Islam!Nauzubillah...Perlu kita tahu hanya tiga tawaran Allah kepada pemimpin yang enggan berhukum dengan agama Allah, samada untuk menjadi kafir,zalim atau fasiq!Selamatkan diri kita dari bersekongkol dengan golongan yang toghut!Tinggalkan kebergantungan kita kepada manusia...hanya Allah jualah penentu segala rezeki...

# Faktor Ulama #
...Ulama yang dikupas oleh alfadhil ustaz disini ialah dimaksudkan kepada golongan cerdik pandai Islam, yang mendapat pendidikan Islam yang tinggi,namun bertindak untuk menjadi seperti ular didalam semak dimana menggunakan ilmu untuk menyerang Islam dan bertindak menutup mulut untuk mengatakan yang hak semata-mata tembolok yang perlu diisi.Ulama yang berpendirian sebegini perlu ditolak oleh semua muslim demi menjamin martabat Islam yang wajib dipelihara.

# Faktor Syaitan #
...Perlu kita tahu bahawa sesunguhnya Iblis telah memohon kepada Allah untuk menyesatkan manusia sedaya mungkin untuk dijadikan sekutu kepadanya untuk sama2 dihumbankan kedalam Neraka!Dan perlu kita tahu,hidup kita bukan untuk mengejar neraka Allah,tetapi untuk menggapai janji Allah akan tawaran syurganya.Dan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata..Elakkan diri dari terpedaya dengan bisikan yang boleh menjurus kepada lembah kehinaan dan kesesatan!

Akhirnya kuliah diakhiri sekitar jam 7 pagi dan ianya cukup bermakna untuk tujuan tarbiah dan muhasabah bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran daripadanya....

Wallahu'alam.

# Islam Itu Indah #

No comments: