Sunday, May 25, 2008

Sejarah Keruntuhan Politik Yang Berideolgi Memisahkan Islam!

Lagi padah yang GAGAL dihayati oleh manusia yang bergelar pemimpin,mengaku mendokong Islam walhal penolakan terhadap Islam secara mentahnya dibanggakan.

Sebetulnya saya sendiri tidak begitu pasti kenyataan siapakah yang memaksudkan Islam adalah satu perkara dan politik pula satu perkara yang berlainan dengan maksud mana mungkin ianya boleh digalas dan dipraktikkan selari!
Sesungguhnya kenyataan yang sedemikian adalah SESAT dan perlu kepada sanggahan dan penolakan segera bagi semua muslim yang masih mengakui Islam itu adalah sempurna selamanya hingga kepada hari terakhir dunia.

Saya nukilkan satu contoh yang mudah agar kekelabuan dan ketidakjelasan berkenaan modus operandi pengasingan itu tidak berlaku ialah disabitkan kepada cara dan pemerintahan yang dijalankan oleh Rasullulah saw sendiri.
Bagaimana model yang ditunjukkan oleh Rasullullah dan Empat Khalifah Ar-Rashidin adalah merupakan contoh terbaik untuk pengamalan kepada dasar pemerintahan dan kehidupan.Kenapa tidak?? Sebabnya ianya tulen mengikut ajaran yang diwahyukan Allah dan praktikalnya sendiri oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad dan antara 4 sahabat (Rightly Guided Caliphs) yang dijamin syurga oleh rasulnya.
Jelasnya,corak dan dasar yang dibawa Baginda adalah secara bersama iaitu Islam dan politik tidak dipisahkan.Dan jelasnya dengan kewibawaan Baginda dan izin Tuhannya,Negara Islam pertama berjaya ditubuhkan berpusat di Bumi Madinah dan tidak ada sebarang penolakan sama sekali oleh penganut agama lain selain Islam.Mereka merasakan keamanan dan kedamaian untuk hidup adalah lebih bermakna dan sekaligus memajukan diri mereka untuk terus berusaha.

Ingatlah,Islam tidak mengenepikan hak bukan Islam.Islam adalah seadilnya agama yang dicipta oleh Allah untuk anutan akan umat manusia yang sentiasa berfikir!
Hari ini,kejatuhan demi kejatuhan sesebuah kerajaan dibawah pimpinan dapat kita saksikan dan hal ini berdasarkan pengecualian kepada kerajaan yang dibina bukan oleh orang Islam.Semestinya kerajaan oleh orang bukan Islam akan dimusnahkan Allah akhirnya.Namun,disini, kita bercakap berkenaan akan kerajaan dan pimpinan yang dibentuk oleh orang Islam sendiri...yang mana memilih Islam sebagai agama untuk dirinya.

Tersungkurnya kerajaan yang kononnya Islam ini apabila mencipta ideologi sendiri yang secara terangnya bercanggah dengan dasar yang telah digariskan Islam.Antara perkara yang ternyata terpesong ialah dengan menjalankan dasar dengan menetapkan politik satu entiti dan Islam satu entiti yang mana mungkin boleh digabungkan untuk dijalankan.Maka,ungkapan yang sedemikian bolehlah diandaikan bahawa "matlamat menghalalkan cara".Semestinya ianya begitu besar bersalahan dengan nukilan ajaran Islam yang bertegas bahawa sesungguhnya yang batil dan hak itu ialah dua perkara yang begitu jauh maksud dan penerimaannya!Begitu juga akan pengertian malam dan siang!Begitu juga akan maksud bulan dan matahari akan keupayaannya!Nah...dan begitu juga bezanya akan lelaki dan perempuan yang telah diciptakan!Fikirlah........tidakkah matlamat yang salah boleh menghalalkan cara untuk mendapatkannya??Sudah tentunya matlamat dan cara tersebut tetap haram.

Mari kita lihat bagaimana pula penerimaan Islam itu sendiri oleh si penganutnya. Kita bermula dengan pengucapan dan penyaksian bahawa segala sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku lazimnya dilafazkan setiap kali kita menunaikan kefardhuan kepada Allah.Tetapi kenapa dan mengapa,bila Allah mewajibkan akan dasar pemrintahan berlandaskan hukumNya,masih senang untuk mulut menyatakan bahawa hukum yang ditetapkan Allah tidak sesuai dijalankan pada zaman ini.Persoalan,adakah undang-undang ciptaan tangan manusia ini adalah lebih baik daripada apa yang telah disyariatkan oleh Allah?
Mari kita lihat gambaran termudah;Manusia adalah makhluk ciptaan Allah,dan manusia adalah sebaik2 kejadian yang diciptakan.Setelah itu,akhirnya kita menolak apa yang disyariatkan pencipta dengan sekelumit ilmu dan menggambarkan kita adalah lebih dari yang menciptakan kita semua?Zalimnya.........sesungguhnya janji Allah akan datang bila dikehendakinya...usahlah kita terlalu angkuh dan bersifat dengan kebesaran yang rapuh dan khayal dalam ilusi sendiri.Kelak kamu akan tahu bila tiba Hari Perhitungan yang dijanjikanNYa...tunggulah....akan tiba saat itu...dan usahlah kamu berdalih untuk kembali kepadaNya setelah kamu memperlekeh sehabisnya!Tidakkah kamu tahu bahawa segala pangkat dan kedudukan,harta yang bertimbun tidak sedikitpun mampu kekal disisimu dan sedikitpun tidak akan membantu dikala soalan Yang Maha Agung menerjah lubang telingamu!

# Islam Itu Indah #

No comments: