Tuesday, May 27, 2008

APA SEBAB MUSLIM MENINGGALKAN ISLAM?

Setelah dua hari kecundang untuk menghadirkan diri berjemaah Subuh di masjid,akhirnya hari ini pujuk rayu dan mimpi indah kosong tawaran syaitan laknatullah berjaya dimusnahkan.Alangkah bahagianya hidup....

Alfadhil Ustaz Syahril Long,dijemput untuk memberikan kuliah dan mentarbiah jiwa-jiwa manusia untuk sama-sama berada di landasan yang betul berdasarkan apa yang telah disyariatkan Islam.Melihat kepada perwatakan beliau,disangkakan seorang pejuang Islam tempatan Terengganu,namun setelah sedikit mukaddimah dialunkan,ternyata beliau anak kelahiran negeri utara Malaysia, dan pelatnya masih lagi ketara....

Seperti biasa,kuliah dilihat condong kepada parti bulan,namun jangan kita silap,sebenarnya ianya condong kepada Islam, dan Islam di bumi Malaysia hari ini diperjuangkan oleh dua parti yang berlainan; Islam Hadhari oleh parti kerajaan memerintah dan Islam (asal) diperjuangkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai parti pembangkang dalam pentadbiran Negara Malaysia kini.Ringkasnya,Islam Hadhari telah diiktiraf sebagai satu ajaran baru dan ternyata sesat dan ditolak sepenuhnya oleh ulama mutaakhirin (akhir zaman) atas dasar,Islam yang diturunkan melalui wahyu kepada Nabi saw adalah sudah sempurna dan sememangnya haram diubah/dipinda walau dalam bentuk mana sekalipun.

Intipati penting yang cuba disampaikan alfadhil ustaz,ialah berkenaan dengan sebab2 atau penyakit yang telah menyebabkan orang Islam sendiri sedikit demi sedikit secara langsung atau tidak, telah meninggalkan Islam dan perjuangan walaupun masih mengaku sebagai Islam.Bukti yang paling nyata ialah berkenaan dengan hukum yang wajib berlandaskan dan berhukum dengan undang-undang Allah swt.

Terdapat lima (5) sebab mengapa muslim meninggalkan Islam;

# Faktor Kejahilan #
...Keengganan muslim untuk menuntut dan mendalami ilmu-ilmu Islam merupakan sikap yang paling nyata dan mereka memilih untuk tinggal didalam kepompong kejahilan tanpa perlu meningkatkan aras pengetahuan untuk menjadi orang yang lebih berilmu.Bilamana kejahilan itu sudah sebati,hati akan jadi buta dan Islam akan tinggal pada nama sahaja.Mereka akan gagal membezakan apakah ajaran Islam yang sebenar dan apakah perkara palsu yang telah diolah dengan tujuan tertentu untuk menyesatkan!Hasilnya,mereka akan mengikut arus yang dicipta oleh tangan-tangan manusia tanpa mereka tahu kebenaran telah diselindungkan...nauzubillah...semoga kita boleh berubah untuk menempatkan diri kita sebagai Umat Muhammad saw yang dikenal baginda di perhimpunan manusia yang banyak di akhirat kelak.

# Faktor Kebendaan #
...Manusia dilengkapi dengan nafsu dan wajib ditarbiah untuk tidak kita terpesong dek desakan untuk menjilat kemanisan dunia yang sementara.Kupasan oleh alfadhil lebih kepada sifat gelap mata muslim hari kepada sekelumit nilai wang ringgit yang ditawarkan mereka2 yang telah rosak pegangan agamanya.Ini bukan tuduhan melulu namun telah terbukti apabila berlaku kepada negeri saya sendiri,Terengganu darul Iman dimana rakyatnya telah menolak kepimpinan Ulama dengan menggantikan kepada kepimpinan Ular Dalam Semak!(malu sendiri saya dengan kenyataan ini)....

# Faktor Pemerintah #
...Kejadian sejenis kuih terletak kepada tangan pembuat dan acuannya,jika pembuat tersebut memilih acuan yang salah dan tidak sempurna,maka sudah tentu kuih yang terhasil akan tidak sempurna jua keadaannya!Justeru,peranan pemerintah didalam membentuk orang yang diperintah adalah amat besar.Sekali lagi alfadhil ustaz membawakan contoh bagaimana kenyataan papan tanda yang begitu banyak di negeri Terengganu (negeri saya lagi...)memaparkan "Barisan Nasional;Masa Depan Anda Terjamin" yang boleh menjurus kepada kesyirikan jika manusia beriktikad kepada pegangan tersebut.Persoalan,apa jaminan manusia kepada manusia untuk menjamin nasib manusia lain? bukankah hanya Allah sahaja yang layak untuk menjamin aturan hidup setiap manusia yang diciptanya? Nah!....begitulah kalau hati pemimpin yang menolak Islam sehinggakan memanggil pula orang lain untuk bersamanya menentang Islam!Nauzubillah...Perlu kita tahu hanya tiga tawaran Allah kepada pemimpin yang enggan berhukum dengan agama Allah, samada untuk menjadi kafir,zalim atau fasiq!Selamatkan diri kita dari bersekongkol dengan golongan yang toghut!Tinggalkan kebergantungan kita kepada manusia...hanya Allah jualah penentu segala rezeki...

# Faktor Ulama #
...Ulama yang dikupas oleh alfadhil ustaz disini ialah dimaksudkan kepada golongan cerdik pandai Islam, yang mendapat pendidikan Islam yang tinggi,namun bertindak untuk menjadi seperti ular didalam semak dimana menggunakan ilmu untuk menyerang Islam dan bertindak menutup mulut untuk mengatakan yang hak semata-mata tembolok yang perlu diisi.Ulama yang berpendirian sebegini perlu ditolak oleh semua muslim demi menjamin martabat Islam yang wajib dipelihara.

# Faktor Syaitan #
...Perlu kita tahu bahawa sesunguhnya Iblis telah memohon kepada Allah untuk menyesatkan manusia sedaya mungkin untuk dijadikan sekutu kepadanya untuk sama2 dihumbankan kedalam Neraka!Dan perlu kita tahu,hidup kita bukan untuk mengejar neraka Allah,tetapi untuk menggapai janji Allah akan tawaran syurganya.Dan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata..Elakkan diri dari terpedaya dengan bisikan yang boleh menjurus kepada lembah kehinaan dan kesesatan!

Akhirnya kuliah diakhiri sekitar jam 7 pagi dan ianya cukup bermakna untuk tujuan tarbiah dan muhasabah bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran daripadanya....

Wallahu'alam.

# Islam Itu Indah #

Sunday, May 25, 2008

Sejarah Keruntuhan Politik Yang Berideolgi Memisahkan Islam!

Lagi padah yang GAGAL dihayati oleh manusia yang bergelar pemimpin,mengaku mendokong Islam walhal penolakan terhadap Islam secara mentahnya dibanggakan.

Sebetulnya saya sendiri tidak begitu pasti kenyataan siapakah yang memaksudkan Islam adalah satu perkara dan politik pula satu perkara yang berlainan dengan maksud mana mungkin ianya boleh digalas dan dipraktikkan selari!
Sesungguhnya kenyataan yang sedemikian adalah SESAT dan perlu kepada sanggahan dan penolakan segera bagi semua muslim yang masih mengakui Islam itu adalah sempurna selamanya hingga kepada hari terakhir dunia.

Saya nukilkan satu contoh yang mudah agar kekelabuan dan ketidakjelasan berkenaan modus operandi pengasingan itu tidak berlaku ialah disabitkan kepada cara dan pemerintahan yang dijalankan oleh Rasullulah saw sendiri.
Bagaimana model yang ditunjukkan oleh Rasullullah dan Empat Khalifah Ar-Rashidin adalah merupakan contoh terbaik untuk pengamalan kepada dasar pemerintahan dan kehidupan.Kenapa tidak?? Sebabnya ianya tulen mengikut ajaran yang diwahyukan Allah dan praktikalnya sendiri oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad dan antara 4 sahabat (Rightly Guided Caliphs) yang dijamin syurga oleh rasulnya.
Jelasnya,corak dan dasar yang dibawa Baginda adalah secara bersama iaitu Islam dan politik tidak dipisahkan.Dan jelasnya dengan kewibawaan Baginda dan izin Tuhannya,Negara Islam pertama berjaya ditubuhkan berpusat di Bumi Madinah dan tidak ada sebarang penolakan sama sekali oleh penganut agama lain selain Islam.Mereka merasakan keamanan dan kedamaian untuk hidup adalah lebih bermakna dan sekaligus memajukan diri mereka untuk terus berusaha.

Ingatlah,Islam tidak mengenepikan hak bukan Islam.Islam adalah seadilnya agama yang dicipta oleh Allah untuk anutan akan umat manusia yang sentiasa berfikir!
Hari ini,kejatuhan demi kejatuhan sesebuah kerajaan dibawah pimpinan dapat kita saksikan dan hal ini berdasarkan pengecualian kepada kerajaan yang dibina bukan oleh orang Islam.Semestinya kerajaan oleh orang bukan Islam akan dimusnahkan Allah akhirnya.Namun,disini, kita bercakap berkenaan akan kerajaan dan pimpinan yang dibentuk oleh orang Islam sendiri...yang mana memilih Islam sebagai agama untuk dirinya.

Tersungkurnya kerajaan yang kononnya Islam ini apabila mencipta ideologi sendiri yang secara terangnya bercanggah dengan dasar yang telah digariskan Islam.Antara perkara yang ternyata terpesong ialah dengan menjalankan dasar dengan menetapkan politik satu entiti dan Islam satu entiti yang mana mungkin boleh digabungkan untuk dijalankan.Maka,ungkapan yang sedemikian bolehlah diandaikan bahawa "matlamat menghalalkan cara".Semestinya ianya begitu besar bersalahan dengan nukilan ajaran Islam yang bertegas bahawa sesungguhnya yang batil dan hak itu ialah dua perkara yang begitu jauh maksud dan penerimaannya!Begitu juga akan pengertian malam dan siang!Begitu juga akan maksud bulan dan matahari akan keupayaannya!Nah...dan begitu juga bezanya akan lelaki dan perempuan yang telah diciptakan!Fikirlah........tidakkah matlamat yang salah boleh menghalalkan cara untuk mendapatkannya??Sudah tentunya matlamat dan cara tersebut tetap haram.

Mari kita lihat bagaimana pula penerimaan Islam itu sendiri oleh si penganutnya. Kita bermula dengan pengucapan dan penyaksian bahawa segala sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku lazimnya dilafazkan setiap kali kita menunaikan kefardhuan kepada Allah.Tetapi kenapa dan mengapa,bila Allah mewajibkan akan dasar pemrintahan berlandaskan hukumNya,masih senang untuk mulut menyatakan bahawa hukum yang ditetapkan Allah tidak sesuai dijalankan pada zaman ini.Persoalan,adakah undang-undang ciptaan tangan manusia ini adalah lebih baik daripada apa yang telah disyariatkan oleh Allah?
Mari kita lihat gambaran termudah;Manusia adalah makhluk ciptaan Allah,dan manusia adalah sebaik2 kejadian yang diciptakan.Setelah itu,akhirnya kita menolak apa yang disyariatkan pencipta dengan sekelumit ilmu dan menggambarkan kita adalah lebih dari yang menciptakan kita semua?Zalimnya.........sesungguhnya janji Allah akan datang bila dikehendakinya...usahlah kita terlalu angkuh dan bersifat dengan kebesaran yang rapuh dan khayal dalam ilusi sendiri.Kelak kamu akan tahu bila tiba Hari Perhitungan yang dijanjikanNYa...tunggulah....akan tiba saat itu...dan usahlah kamu berdalih untuk kembali kepadaNya setelah kamu memperlekeh sehabisnya!Tidakkah kamu tahu bahawa segala pangkat dan kedudukan,harta yang bertimbun tidak sedikitpun mampu kekal disisimu dan sedikitpun tidak akan membantu dikala soalan Yang Maha Agung menerjah lubang telingamu!

# Islam Itu Indah #

Saturday, May 24, 2008

Kepincangan Demi Kepincangan Dunia!

Dunia Bergoncang lagi...apa tandanya? Mari kita analisa kejadian2 yang sememangnya manusia LUPA dan buat2 bodoh apa yang cuba diisyaratkan Allah!

Musibah gempa bumi di sichuan,China dan Taufan Nargis yang melanda Myanmar adalah tanda bumi semakin menolak kebiadapan dan kemaksiatan berleluasa tanpa garis kehidupan yang telah ditetapkan Allah.Lihatlah bagaimana bumi sichuan hancur sama sekali begitu juga bandar Yanggoon,Myanmmar dek sedikit bala sebagai amaran untuk tidak meneruskan kehidupan sesat mereka.Kemungkinan besar sudah tiada lagi penghalang bala seperti disabdakan nabi "terhalang bala Allah oleh 3 perkara;kewujudan haiwan meragut,tangisan bayi untuk susuan ibunya dan orang-orang yang sujud tunduk kepada Allah"!
Dan kita lihat,begitu ramai manusia membuka mata sekadar atas dasar kemanusian,bukan di atas dasar tuntutan Islam!
Boleh dikatakan kesemua mata umat dunia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Myanmmar dan China,memang kita kena berperikemanusiaan....tetapi itu belum mampu memenuhi tuntutan seperti yang dilaraskan tuhan!
Penulis suka membawa senario yang perlu diadili kepada rakyat IraQ,Palestin,Sudan yang sekian lama dijebakkan oleh kedaifan dan kepayahan untuk hidup dek tekanan si durjana polis Dunia!Nah...kenapa tidak diwujudkan perasaan kemanusiaan yang sama diperolehi oleh China dan Myanmar??Kenapa perlu dibezakan?Dimanakah bezanya??
Bahkan jika digunakan sifir yang betul, sebetulnya penderitaan Palestin selama 60 tahun sudah boleh ditamatkan bertahun dahulu sebabnya ianya disebabkan oleh pemikiran dan tangan kotor zionis di dalam menghancurkan hak kemanusiaan untuk hidup bersama menikmati nikmat Allah!
Beza terbesar yang perlu diketahui umum akan dua senario dunia hari ini ialah,kepayahan umat Palestin dan Iraq ialah merupakan rancangan manusia manakala kehuruharaan Myanmar dan China ialah sedikit amaran dari yang Maha Kuasa.Dasarnya,perancangan bernama manusia boleh ditamatkan tetapi amaran tuhan hanya mampu merayu keampunannnya!Kembalilah wahai manusia kepada Maha Pencipta yang Hakiki.Bersegeralah....

Berbalik kepada negara kita sendiri,arus politik Malaysia hari ini semakin tidak keruan!apa sebabnya?Di mana silapnya? Sudah pasti jawapan yang akan ditulis di laman ini ialah KEPINCANGAN PERANCANGAN MANUSIA DIDALAM MENOLAK PERANCANGAN ALLAH.....
Selagi manusia yang mengaku Islam,namun menolak mentah perancangan Allah...selagi itulah ianya akan huru hara tidak ketentuan!Berhentilah wahai manusia didalam berjuang untuk perut sendiri (walaupun kempennya untuk bangsa)bahkan asal kita tahu,perjuangan di atas muka dunia selagi berjuang untuk perut dan bangsa (kebangsaan) maka perjuangan itu adalah sia-sia dan sesat!humbanlah kemaruk untuk berjuang dengan dasar-dasar yang ditolak Islam.Lagi sekali kenyataan penulis...KEMBALILAH kepada Islam....sesungguhnya engkau tidak akan aman dan selamat selagi mana ikrar dan hati kamu tidak bersatu menyetujui Islam sebagai cara hidup paling sempurna!

Apa yang harus kita lakukan?
Begini....
Pertamanya;tolak Agenda Islam Hadhari yang sesat lagi menyesatkan!
Kedua;tolak perjuangan berasaskan kebangsaan!
Ketiga;tolak mereka yang menolak Hukum Allah!
Keempat;tolak carahidup yang dihiburkan dengan kehidupan yang bebas!
Kelima;tolak penindasan secara zahir dan batin!
Keenam;tolak kepada usul yang cuba memodenkan pemikiran umat dengan adunan yang haram!
Ketujuh;tolak kepada pesta dan penghayatan untuk nafsu dan dunia!
Kelapan;tolak kezaliman sesama manusia!
Kesembilan;tolak kepada muamalat yang diharamkan dan gharar!
Kesepuluh;tolak perancangan zionis,yahudi,kristian, dan kuffar didalam menentukan acuan kehidupan orang-orang Islam!
Kesebelas;tolak kepada golongan yang tidak amanah dan berbohong untuk menutup kelemahan sendiri..
Keduabelas;tolak untuk menikmati hidup dengan tenggelam didalam nikmat dunia yang fana!
Ketigabelas;tolak kepada sekatan untuk pengisian ilmu rohaniah dan ubudiyyah!
Keempatbelas;ringkasnya...tolaklah batil...ambillah carahidup yang Hak demi janji Syurga Allah yang tidak bisa manusia menilai dengan apa jua sekalipun...

#Islam Itu Indah#